Skip directly to content

Perbincangan Secara Langsung tentang Kalsium

Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa senaman dengan kerap dan diet yang kaya dengan Kalsium boleh membina dan mengekalkan kesihatan tulang yang baik, yang boleh mengurangkan risiko osteoporosis. Kalsium merupakan mineral yang paling banyak di dalam badan kita dan diperlukan setiap hari untuk pelbagai fungsi seperti pengecutan otot, pembekuan darah dan fungsi saraf. Apabila tidak ada Kalsium yang cukup untuk fungsi tubuh badan, badan kita mengambil Kalsium yang diperlukan daripada tulang kita. Oleh itu, ia melemahkan tulang kita.

Keperluan Suplemen Kalsium Meningkat Apabila Berusia Lebih 40 Tahun

Carta di bawah menunjukkan penurunan dengan cepat dalam jisim tulang yang berlaku dalam kalangan wanita berusia lebih 40 tahun. Penurunan dalam jumlah jisim tulang sebahagiannya adalah disebabkan oleh kejatuhan dalam estrogen yang berkaitan dengan menopaus. Dengan mengambil suplemen Kalsium boleh membantu untuk melambatkan kehilangan jisim tulang ini.

Jisim tulang mula menurun dengan lebih cepat selepas berusia lebih 40 tahun.
Kalsium dalam Caltrate boleh membantu melambatkan kehilangan jisim tulang ini.

Kepatahan yang berkaitan dengan Osteoporosis telah diiktiraf sebagai masalah kesihatan utama dalam kalangan warga emas. Dengan jangka hayat yang lebih panjang, Malaysia dijangka mempunyai semakin ramai individu warga emas. Bahagian badan yang biasanya patah ialah tulang belakang, pergelangan tangan dan pinggul. Patah pinggul dikaitkan dengan morbiditi yang tinggi dan kadar kematian sehingga 20% pada tahun pertama. Majoriti mereka yang hidup menjadi tidak upaya dan hanya 25% akan meneruskan aktiviti biasa.