Skip directly to content

Kelesapan Tulang

Kebanyakan individu kehilangan jisim tulang selepas berumur 30 tahun dan kadar kelesapan tulang menjadi bertambah cepat sehingga 2 kali ganda lebih cepat pada umur 40 tahun. Pada usia 50 tahun, kelesapan tulang boleh meningkat sehingga 3 kali ganda lebih cepat!

Malangnya bagi kita semua, kesihatan tulang kita merosot selepas memperoleh jisim tulang puncak atau semasa berumur 30 hingga 35 tahun. Kemerosotan ini menjadi bertambah cepat apabila kita semakin tua, sehingga tulang kita menjadi kurang tumpat dan lemah. Pada individu yang sudah tua, tulang yang lemah boleh menyebabkan osteoporosis.

Seorang daripada dua orang wanita yang berusia melebihi 50 tahun akan mengalami kepatahan yang berkaitan dengan osteoporosis dalam seumur hidupnya.

Tulang Sihat

Osteoporosis ialah penyakit yang dicirikan dengan jisim tulang yang rendah dan keadaan tisu tulang yang semakin teruk, membawa kepada kerapuhan tulang. Ia sering menunjukkan perkembangan tanpa gejala sehingga kepatahan berlaku, biasanya pada tulang pinggul, tulang belakang atau pergelangan tangan. Osteoporosis boleh menyebabkan rasa sakit, hilang upaya dan malah dalam beberapa kes, kematian. Osteoporosis adalah sangat biasa. Malah, seorang daripada dua orang wanita yang berusia melebihi 50 tahun akan mengalami kepatahan berkaitan osteoporosis dalam seumur hidupnya.

Osteoporosis memberi kesan kepada golongan pertengahan umur dan warga emas, terutama mereka yang mempunyai sejarah keluarga tulang rapuh pada tahun yang kemudian.

 

with Osteoporosis


Faktor Risiko Termasuk yang Tidak Boleh Diubah Suai dan Boleh Diubah Suai & Modifiable

Tidak Boleh Diubah Suai Boleh Diubah Suai

Peningkatan Usia

Kumpulan Etnik (Oriental & Kaukasia)

Wanita

Menopaus pramatang (< 45 tahun) termasuk menopaus pembedahan

Sejarah keluarga patah tulang pinggul disebabkan osteoporosis relatif darjah pertama

Sejarah peribadi patah sebagai seorang dewasa

Pengambilan kalsium dan/atau Vitamin D yang rendah

Gaya hidup yang tidak aktif

Menghisap rokok

Pengambilan alkohol yang berlebihan
( > daripada 2 minuman standard / hari (wanita)
 > daripada 3 minuman standard / hari (lelaki))

Pengambilan kafein yang berlebihan

Berat badan yang kurang (BMI < 19kg / m2)

Kekurangan estrogen

Penglihatan terganggu

Jatuh berulang kali

Lelaki juga mudah terdedah kepada osteoporosis 

Walaupun osteoporosis terutamanya memberi kesan kepada wanita, lebih daripada 2 juta orang lelaki menghidapi penyakit ini. Malah, satu pertiga daripada lelaki berusia 75 tahun mempunyai osteoporosis - dan seorang dalam lapan orang yang berumur melebihi 50 tahun mengalami kepatahan yang berkaitan dengan penyakit ini. Selepas umur 65 tahun, patah tulang pinggul sering menjadi lebih serius dalam kalangan lelaki berbanding wanita. Lelaki mempunyai kadar kematian 26% lebih tinggi dalam tempoh setahun selepas patah tulang pinggul berbanding wanita.

Tanda amaran pada lelaki termasuk perubahan dalam postur dan sakit belakang secara tiba-tiba. Walau bagaimanapun, cara osteoporosis yang paling biasa didiagnosis dalam kalangan lelaki ialah dengan pengurangan ketinggian atau kepatahan.

Anda boleh mengurangkan peluang anda untuk mendapat osteoporosis dengan

  •  Memakan diet yang seimbang
  • Mengelakkan tembakau dan pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan kalsium dan Vitamin D yang mencukupi daripada diet dan suplemen jika diperlukan
  • Melakukan senaman menahan beratan seperti berjalan, berjoging, mendaki dan menari

Sila rujuk pakar penjagaan kesihatan profesional anda jika anda bimbang.